JV Smart Vending Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2017 .Pada permulaan, syarikat beroperasi sebagai sebuah syarikat ENTERPRISE. Dan selepas itu, pada bulan Ogos 2021 syarikat telah berdaftar sebagai sebuah syarikat SDN BHD.
Untuk setiap pakej, adakah saya boleh menyambung selepas 3 tahun?
Ya , Tuan/Puan boleh menyambung setiap pakej yang dipilih dengan bersyarat. Untuk pakej A Tuan/Puan boleh menyambung pakej sehingga 9 tahun dengan gandaan 2 tahun selepas 3 tahun pertama tamat. Dengan syarat , Tuan/Puan hanya perlu membayar RM5000 sebagai warranty deposit. Bagi pakej C pula, Tuan/Puan boleh menyambung lagi untuk 24 bulan seterusnya total (5 tahun) sahaja. Dengan syarat, Tuan/Puan perlu bayar renewal fee sebanyak RM200/slot.
Untuk pakej C, adakah selepas 3 tahun , modal saya boleh dikembalikan?
Untuk pengetahuan , JVSV Smart Vending Sdn. Bhd. menggunakan konsep modal hangus atau labur dan lebur. Ini bermakna, Tuan/Puan perlu menunggu sehingga tempoh tertentu mengikut pakej yang dipilih untuk mendapatkan pulangan . Pulangan yang Tuan/Puan dapat adalah termasuk bersama dengan modal . Sebagai contoh : Modal RM1100, selepas 3 tahun Tuan/Puan akan mendapat total return RM1800 . Dengan ini, RM1100 adalah balik modal dan RM700 adalah keuntungan bersih . Total return adalah tidak termasuk bonus tahunan.
Sekiranya saya berminat, adakah saya boleh membuat pinjaman (loan)?
Tuan/Puan boleh membuat pinjaman peribadi (personal loan). Pihak JV Smart Vending Sdn. Bhd. tidak menawarkan dan bertanggungjawab dalam apa-apa sebarang perkhidmatan pinjaman seperti ansuran kepada pelanggan .
Boleh saya tahu, dimanakah lokasi mesin yang diletak?
Untuk masa terkini, Pihak syarikat akan memasang mesin disekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan , Melaka , Johor , Pulau Pinang dan Sabah serta Sarawak. Ini kerana , kami hanya mempunyai cawangan disekitar negeri-negeri ini sahaja. Selain itu juga, ia memudahkan pihak syarikat untuk melakukan servis dan refill barang bagi setiap minggu dan bulan. Antara lokasi mesin yang beroperasi (hotspot) yang selalu kami letak adalah dikawasan kilang, hospital, institusi pengajian, pusat membeli-belah dan pangsapuri.
Adakah pulangan saya akan dapat pada setiap bulan?
Ya. Pihak Syarikat akan memasukkan pulangan melalui online banking pada setiap bulan secara terus didalam akaun bank Tuan/Puan . Tuan/Puan akan menerima email sebagai bukti pembayaran daripada pihak Syarikat.
Sekiranya saya berminat bagi pakej C, adakah saya perlu membayar RM1100 untuk setiap bulan?
Tidak.Tuan/Puan hanya perlu membayar sekali sahaja sepanjang tempoh kontrak. Tiada pembayaran tambahan atau hidden charges dikenakan.
Berapa lamakah tempoh mesin akan dipasang?
Sebelum musim Covid19 melanda negara, masa yang diambil adalah dalam tempoh 3 bulan sahaja kerana kami mengamalkan konsep preorder. Seandainya ada urusan pembelian, baru kami akan memesan mesin di kilang. Tapi selepas Covid19, negara china menghadkan urusan exportation, jadi berlaku masalah mesin tergendala .Oleh itu, kami terpaksa melanjutkan tempoh sehingga 8 bulan. Tapi untuk jaminan pihak Tuan/Puan , selama tempoh mesin belum dipasang, Tuan/Puan tetap akan mendapat bayaran minimum RM1300/mesin seiring dengan perjanjian (agreement) sudahpun berjalan.
Untuk pakej C, bolehkah saya mengetahui lokasi mesin?
Untuk Tuan/Puan yang berminat pakej C, pakej ini tidak akan mendapat mesin . Hanya slot sahaja diberi dan mesin adalah milik pihak syarikat . Dan dalam satu mesin mungkin akan ada beberapa ramai pemilik slot mesin. Sebagai contoh , pembeli membeli satu slot sahaja, jadi akan ada 30 pemilik slot yang lain. Hal ini, akan merisikokan mesin syarikat sekiranya kami mendedahkan lokasi kepada kesemua 30 pemilik slot mesin .Pihak Tuan/Puan tidak perlu risau kerana mesin kami memang pasang di banyak lokasi.
Bagaimanakah saya ingin mengetahui sekiranya syarikat ini legit atau scam?
Syarikat ini telahpun beroperasi sejak tahun 2017 .Kami juga berdaftar secara sah dengan BNM dan mempunyai SSM. Selain itu, kami baru sahaja memenangi Top 500 Trusty brand Awards daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara. Kami juga mempunyai ribuan pelanggan tetap dan Tuan/Puan boleh melayari laman web kami atau pergi ke Facebook Page untuk melihat testimoni daripada pelanggan kami.
Adakah syarikat ini boleh menjamin untuk dapat keuntungan bagi setiap bulan?
Ya ,akan terjamin. Ini kerana, kami mempunyai perjanjian (agreement) yang sah .Dan perjanjian (agreement) akan di stamp oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) dan disaksikan oleh peguam kami. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, setiap perjanjian yang telahpun di stamp oleh LHDN boleh diguna pakai dimana-mana mahkamah sekiranya kami gagal melaksanakan tanggungjawab kami. Tuan/Puan boleh menyaman dan menuntut keadilan dan setiap nilai pulangan yang kami patut beri kepada Tuan/Puan telahpun dinyatakan di dalam perjanjian dengan jelas.
Sekiranya saya dari Perak ( atau negeri selain negeri yang tiada pemasangan mesin) . Bolehkah saya beli?
Boleh, tiada masalah. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, kami mempunyai ramai pelanggan dari negeri Pulau Pinang, Pahang , dan Kedah yang mempercayai kami. Ini kerana, mesin Tuan/Puan pihak syarikat akan menguruskan 100% termasuk dari segi pemasangan mesin, lokasi, refill barang dan perkhidmatan. Tuan/Puan boleh memantau jualan barang dalam mesin dari jauh 24jam setiap hari sebab kami mempunyai sistem online yang membolehkan pelanggan mengakses dan pantau jualan barang dalam mesin ,keadaan dan jumlah stok dalam mesin.